Majlis Ihtifal j-Qaf Zon D Kinta Utara 2015 – Selamat datang!

Majlis  : Majlis Ihtifal j-QAF Zon D Kinta Utara 2015

Tarikh / masa  : 17 Jun 2015(30 Sya’ban 1436)  7.30 pagi – 2.00 petang

Tempat : Dewan Terbuka SK Kelebang Jaya, Chemor

Penyertaan  : 14 buah sekolah

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi

 

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan disakat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Hembusan pawana menyapa pohonan
Biru beratap hujan gerimis
Sembah salam kami bingkiskan
Sudi bertandang menyerikan majlis

Kapal dagang dari seberang
Penuh muatan kayu meranti
Dari jauh tuan puan datang
Dengan senyuman kami menanti

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>