Sejarah SKKJ

SK KELEBANG JAYA mula dibina pada April 2009.Tapak asalnya ialah kebun getah. Setelah melalui beberapa fasa pembinaan,akhirnya sekolah yang mempunyai 18 bilik darjah dan pelbagai kemudahan canggih ini berjaya disiapkan.Sekolah ini akan memulakan operasinya pada 3 Januari 2012 dan telahpun melakukan pendaftaran murid-murid bagi sesi persekolahan tahun 2012,iaitu melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 5.Murid-murid yang diterima masuk ke sekolah ini merupakan kumpulan murid-murid dari beberapa buah sekolah berdekatan iaitu SK Tasek Damai, SK.Seri Kelebang,SK.Hj.Mahmud,SK.Seri Mutiara dan SK Tasek.Sekolah ini dikelilingi beberapa buah taman perumahan iaitu Taman Klebang Jaya, Taman Klebang Putra, Taman Klebang Ria,Taman Klebang Restu, Taman Klebang Damai,Taman Klebang Impian dan Taman Klebang Prima. Semoga sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang mampu melahirkan generasi cemerlang,gemilang dan terbilang seiring namanya SK KELEBANG JAYA.

Berikut merupakan himpunan gambar landskap awal SKKJ pada tahun 2012.