Nostalgia Sambutan Aidilfitri 2012

Hari ini selepas hampir dua tahun berlalu, tiba-tiba teringat pula tentang sambutan Aidilfitri 2012. Teringat bagaimana pada masa belum mengenal sesiapa lagi kawan-kawan dengan lebih rapat, kami berjaya menjayakan satu majlis yang sangat meriah dan mesra.Makanan dimasak secara gotong-royong mengikut kumpulan yang telah memilih jenis masakan yang mereka mahu hidangkan. Riuh-rendah bunyinya ketika kami menyediakan makanan. Ada kumpulan yang membakar lemang, menyediakan rendang ayam, kari ayam,ayam goreng, nasi goreng, nugget, buah-buahan, nasi, pelbagai jenis minuman, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan. Betapa seronoknya kami dan meriahnya suasana waktu itu. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Waktu menjaman makanan, terasa makanan yang dimakan sangat sedap kerana kami yang menyediakannya sendiri. Moga-moga pada tahun mendatang akan dapat mengulangi nostalgia manis ini.

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>