Monthly Archives October 2014

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Daerah Kinta Utara 2014

Nama Program : Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Daerah Kinta Utara 2014

Tarikh : 31 Oktober 2014 (Jumaat) / 7 Muharram 1436H

Masa  : 8.00 pagi

Peserta : Setiap sekolah diwakili 8 orang murid

Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Batu 4, Tambun.

Perasmi : Pn. Hjh. Salmiah bt. Sabran, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak.

Read More

Aktiviti PascaUPSR – Bola Sepak dan Bola Jaring

Read More

Tajhizul Mayyit

Tarikh : 23 Oktober 2014                           Lokasi : Dewan Terbuka SK Kelebang Jaya

Penceramah : Usztaz Muhammad Ali b. Mohammad Noh, Imam 1 Masjid Sultan Idris Shah II

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

Slot 1 : Teori – Pembentangan kertas kerja Kaedah Tajhizul Mayyit

Slot 2 : Amali – Mandi jenazah, kafan, solat jenazah, sesi soal jawab dan majlis penutup.

Peserta : Murid-murid tahun enam dan guru-guru

Program yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk murid-murid tetapi juga untuk guru-guru. Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah memikirkan dan melaksanakan idea bernas ini.

Read More

Temasya Sukan Unik!

Temasya sukan tahunan kai ke-2 SKKJ kali ini boleh dianggap unik kerana sebelum acara sukan dimulakan, para jemputan khas dan tetamu yang hadir dihidangkan dengan senamrobik yang digabungkan dengan persembahan angklung dan Tae Kwan Do secara serentak. Para tetamu, ibu bapa, guru-guru dan urusetia sukan sama-sama bersenamrobik dengan iringan muzik kumpulan angklung sekolah. Aktiviti ini merupakan cetusan idea Guru Besar SKKJ iaitu En. Ayub b. Don. Senamrobik dalam suasana santai, harmoni,damai dan unik!

Read More

Merah, Biru, Kuning – tahun depan cuba lagi

Dua tahun berturut-turut Rumah Merah kekal di kedudukan naib juara. Biarpun berusaha sedaya upaya tahun ini, namun kedudukan juara masih belum dipegang. Rumah Kuning dan Biru juga belum pernah merangkul kedudukan tersebut. Tidak mengapa, tahun depan cuba lagi dengan semangat yang baru, strategi yang lebih segar.

Read More

Perbarisan Terbaik dan Khemah Sukan Terbaik – Merah sapu bersih!

Ha!ha!ha!…Rumah Merah sapu bersih kedua-dua kategori iaitu Perbarisan Terbaik dan Khemah Sukan Terbaik pada temasya kali ini. Maaf ye, rumah-rumah sukan yang lain. Bukan kami yang beri markah, hakim yang beri. Barangkali itulah kata-kata guru-guru dan ahli rumah Merah selepas kemenangan diumumkan. Kriteria pemilihan perbarisan terbaik merangkumi keseragaman, kerjasama dan kreativiti manakala bagi khemah terbaik, aspek yang dinilai ialah keceriaan,kreativiti dan disiplin. Tahniah kepada rumah Merah kerana berjaya memikat hati hakim-hakim.

Read More

Hijau Juara!

Hijau juara lagi!. Syabas dan tahniah kepada Rumah Sukan Hijau yang berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut. Tahniah atas komitmen, semangat, kerjasama dan kesungguhan guru-guru dan murid-murid Rumah Hijau kerana rasanya inilah tonik yang membolehkan mereka bergelar lagi juara pada tahun ini. Sekalung tahniah juga kerana wakil rumah mereka iaitu Nur Nisya Shafiqah telah terpilih sebagai olahragawati temasya sukan kali ini. Terpancar senyum lebar dan kepuasan pada wajah ahli Rumah Hijau dan guru-guru mereka. Kita tunggu tahun depan pula!

Read More

Keputusan Temasya Sukan ke-2 2014

Temasya sukan tahunan ke-2 SKKJ sudah berakhir. Rumah Sukan Hijau muncul juara keseluruhan kejohanan balapan dan olahraga sukan kali ini. Tahniah! Berikut mnerupakan keputusan yang telah diperoleh.

Read More

Meriahnya!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi tadi temasya sukan tahunan kali ke-2 berjaya  dilaksanakan  dengan tersusun dan dalam suasana yang meriah. Terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh warga SKKJ sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan temasya sukan pada kali ini. Murid-murid juga mempamerkan semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi. Gegak gempita bunyi di padang yang terhasil daripada sorakan dan jeritan ahli-ahli rumah sukan Biru, Merah, Kuning dan Hijau yang memberikan sokongan padu kepada rakan-rakan mereka yang bertanding. Cuaca panas terik tidak menjadi penghalang kepada mereka bagi memberikan persembahan terbaik.  Semoga pada tahun hadapan, temasya sukan sebegini dapat diteruskan dengan lebih meriah.

Read More

Pembukaan Temasya Sukan

Yeehaa!!! Temasya Sukan Tahunan Kali ke-2 2014

Read More