Monthly Archives September 2014

Nostalgia Sambutan Aidilfitri 2012

Hari ini selepas hampir dua tahun berlalu, tiba-tiba teringat pula tentang sambutan Aidilfitri 2012. Teringat bagaimana pada masa belum mengenal sesiapa lagi kawan-kawan dengan lebih rapat, kami berjaya menjayakan satu majlis yang sangat meriah dan mesra.Makanan dimasak secara gotong-royong mengikut kumpulan yang telah memilih jenis masakan yang mereka mahu hidangkan. Riuh-rendah bunyinya ketika kami menyediakan makanan. Ada kumpulan yang membakar lemang, menyediakan rendang ayam, kari ayam,ayam goreng, nasi goreng, nugget, buah-buahan, nasi, pelbagai jenis minuman, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan. Betapa seronoknya kami dan meriahnya suasana waktu itu. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing...

Read More