Category Nostalgia

ARAHAN PENUTUPAN HARI PERSEKOLAHAN AKIBAT JEREBU

Pengumuman /Arahan Menteri :

Arahan  JPN Perak:

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan,

ARAHAN PENUTUPAN HARI PERSEKOLAHAN AKIBAT JEREBU

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah di Negeri perak akan ditutup akibat jerebu mulai 5 hingga 6 Oktober 2015 dan tidak perlu diganti sebagaimana yang telah dijelaskan oleh YB Menteri Pendidikan dalam sidang media.

Sehubungan itu, mohon pihak tuan memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga, PIBG dan masyarakat setempat mengenai perkara di atas.

Arahan penutupan hari persekolahan melibatkan pentadbir, guru dan kakitangan sekolah.

Surat rasmi berkaitan dengan perkara di atas ...

Read More

RIMUP Kelompok 2 – Tahniah!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan aktiviti RIMUP Kelompok 2 Kinta Utara dengan cemerlang minggu lalu. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar. Murid-murid menunjukkan minat mendalam dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang telah berkorban masa dan tenaga menjayakan aktiviti ini. Cikgu Nordi, Cikgu Hisno, Cikgu Siti Rohayu, Cikgu Noreliana dan Cikgu Azizul…..tahun depan boleh teruskan lagi.

Read More

Nostalgia Sambutan Aidilfitri 2012

Hari ini selepas hampir dua tahun berlalu, tiba-tiba teringat pula tentang sambutan Aidilfitri 2012. Teringat bagaimana pada masa belum mengenal sesiapa lagi kawan-kawan dengan lebih rapat, kami berjaya menjayakan satu majlis yang sangat meriah dan mesra.Makanan dimasak secara gotong-royong mengikut kumpulan yang telah memilih jenis masakan yang mereka mahu hidangkan. Riuh-rendah bunyinya ketika kami menyediakan makanan. Ada kumpulan yang membakar lemang, menyediakan rendang ayam, kari ayam,ayam goreng, nasi goreng, nugget, buah-buahan, nasi, pelbagai jenis minuman, kuih-muih dan pelbagai jenis makanan. Betapa seronoknya kami dan meriahnya suasana waktu itu. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing...

Read More